Kalau di nilai dengan angka, pelaburan aku membeli domain msaidins.com pada 29 April 2010 belum mencapai tahap keuntungan 200 % lagi dari modal yang saya keluarkan. Renew Domain + 5 SQL databases juga adalah pelaburan terkini yang saya lakukan untuk terus menempatkan diri dalam dunia persaingan hari ini. Namun, setidak-tidaknya saya berjaya menguasai asas-asas administration CPANEL dan juga method-method web development, forum dan yang paling mahal bagi saya ialah hot CMS masa kini iaitu Joomla. Kursus untuk menjadi master dalam Joomla sahaja menelan yuran ratusan ringgit. Saya belajar dari E-Book & Youtube jak, x lah susah sangat, yang penting ada tempat nak try. Ini lah sebab saya tidak segan2 untuk membeli 5 buah databases sebagai tambahan kepada 1 database yang ada sekarang ni. Hehe
Pelaburan membeli E-Book untuk petajamkan skill akan tetap diteruskan. Pembelajaran sememangnya memerlukan modal, namun sebagai pencari ilmu, kita perlu bijak memilih agar tidak terbeli E-Book dari penulis sampah dan juga content yang out of dated. Nak tahu ? selalu selalu lah login ke Forum Wangcyber, di sana ada diterangkan semua bagaimana mendapatkan tips-tips mengenalpasti E-Book Sampah dan E-Book yang berguna.
TQ for reading…..
Baca yang ini juga:






