Posted by msaidins On May - 21 - 2010 0 Comment

Inilah tajuk pembentangan yang saya pilih semasa Trainer INSEP kami meminta kami membuat presentation dengan tajuk bebas. Perancangan awal sekitar 20 minit bertukar kepada 1 jam 06 minit. Hanya 11 slide ppt yang saya sediakan tetapi tak sangka akan menjadi selama itu. Bahagian pertama adalah sekitar definisi kepada buat duit online. Tanpa definisi, macam mana nak faham kan. Hehe. Ramai yang tak faham, malahan menganggap internet adalah lubuk duit yang paling mudah. Kesilapan seperti inilah yang menjadikan kerugian besar-besaran berlaku hanya kerana hendakkan duit yang cepat walhal method penghasilan duit adalah kabur-kabur dan mempunyai agenda tersembunyi.

Penerangan pertama yang saya lakukan adalah pengenalan kepada dunia Affiliate. Raja Affiliate seperti JAMAL ataupun Ammar Zahar mempunyai resipi sendiri bagaimana mereka mengaut keuntungan sehingga belasan ribu sebulan. Pasti ada rahsia yang tersembunyi bagaimana mereka mampu berjaya sehingga ke tahap itu. Affiliate adalah satu perniagaan internet yang mana kita boleh menjadi agen kepada produk orang lain. Terdapat komisyen yang diberikan berdasarkan jumlah jualan yang agen Affiliate lakukan. Peluang untuk mendapat jualan adalah sangat tipis jika pelawat blog anda boleh dikira dengan jari sahaja. Inilah pentingnya SEO kepada blogger. Tiada pelawat, maka tiadalah pendapatan. Inilah hakikat sebenar dunia Affiliate.

Next presentation yang saya utarakan adalah program PPC. PPC adalah short kepada Paid Per Click. Dalam hal ini, saya hanya menerangkan mengenai Nuffnang dan Google Adsense sahaja. Itupun hanya sekadar mengenai definisi dan bagaimana ia berfungsi. Cara buka akaun, cara embedded code ads tidak dapat di selitkan dalam presentation kerana kekangan masa. Semua ingat makan dah. Hehe.

Part terakhir adalah mengenai SEO. SEO adalah short kepada Search Engine Optmization. Saya bukanlah master SEO dan hanya bertaraf begginer sahaja. Namun asas definisi SEO,bagaimana ia berlaku tu tau juga lah. Hehe. Ok ya, jangan salah faham,saya tiada kaitan dengan Skim Cepat Kaya di internet. Hehe…

No related posts.

You must be logged in to post a comment.