Bercuti dari Most Centre dan juga tugasan mengajar. Saat seperti ini sangat sukar diperolehi kerana ianya mungkin hanya sekali dalam setahun. Huhuh. Lantaran itu, perjalanan untuk balik kampung di atur dengan c EP memandangkan kakaknya akan menjadi raja sehari 29 Mei [ telah berlalu ]. Balik kampung pun sekadar suka-suka kerana banyak agenda peribadi dan juga request dari customer untuk buat sedikit consultation dan projek baru yang diperolehi.
Hari pertama di kampung, tiada apa agenda penting yang dilakukan melainkan rehat. Cukup memenatkan. Hari ke2 aktiviti adalah turun pekan Semporna. Waktu tengah hari menghadiri majlis perkahwinan kakak C EP dengan kawan sekolah dulu [ Burari n Shahrom ]. Pas tu melantak Bakso di pasar and balik rumah. Hari ke 3 agak busy sikit coz ada laptop kene repair. Di samping itu, sedikit masa diisi dengan men game PES 2010. Hehe..
Hari ke 4, paginya ke kedai Top Up pak cik untuk bincang membuat laman web dan juga forum untuk companynya. Hehe, setelah diterangkan dengan lebih terperinci dengan bahasa mudah, baru lah saya faham bagaimana requirement dan basic function yang perlu ada di laman web dan juga forum tersebut. Mungkin ramai yang tak tahu laman web adalah kedai online yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 sehari tanpa tutup kecuali server down. Di sinilah pentingnya kualiti pemilihan syarikat penyedia hosting dan domain. Biar mahal-mahal sikit yang penting services tahap 5 bintang.
Hari ke 5, jalan ke floating…biarlah rahsia…hehe….Ok lah, jumpa di lain siaran cuti-cuti Malaysia.
No related posts.






