Information Come From Single Click !!!
Ramadhan Di Bumi Sabah

Pic : Gambar Tidak Puasa Pada Hari Raya Pertama di Rumah Sewa Kg.Tradisi ( Pic was taken by Yamin Rongka Al Sandakani )
Semenjak saya melanjutkan pelajaran ke UUM pada Julai 2005, Ramadhan kali ini adalah yang pertama untuk saya di negeri Sabah dibawah bayu ini. Dah habis study, memang sudah tidak mempunyai komitmen wajib untuk dilakukan di UUM mahupun negeri Kedah Darul Aman. Kepada yang masih ada disana, selamat berpuasa. Puasa baik-baik dan tingkatkan amal ibadat.
Puasa masa belajar amat berbeza dengan puasa pada ketika ini. Ye lah, dulu masa study di UUM, tahun ke 2 baru mula berjinak-jinak berbuka puasa di Masjid Sultan Badhlishah bersama geng-geng seperti Ardi & Farhan,Amin dan juga lain-lain. Masa belajar adalah masa yang mana kita perlu bijak mengatur hidup dari segi pengurusan masa, pengurusan aktiviti dan juga pengurusan kewangan. Jika tak, kita akan kecundang merangkap terkapai-kapai dalam percaturan hidup.
Dah 8 bulan aku meninggalkan bumi Kedah Darul Aman, macam baru semalam jak. Apapun, kenangan terindah sepanjang berada disana tidak mungkin dapat dilupakan kerana di bumi UUM lah takdir mengajar aku agar bersabar dan jatuh bangun dalam akademik itu adalah rencah normal kehidupan seorang insan. Apa pun, semua itu sudah ditakdirkan dimana kita sebagai hamba NYA perlu redha dan bersyukur atas apa yang DIA telah aturkan untuk kita.
Selamat Berpuasa & Moga Kehidupan Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam.
Selamat Beramal !!!
| Print article | This entry was posted by msaidins on August 17, 2010 at 6:43 am, and is filed under Asam Garam. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |

