Information Come From Single Click !!!
Ramadhan & Raya Tahun Pertama di UUM ( 2005 )
PIC : UUM dari lensa Photographer Profesional
Posa tahun pertama di UUM, saya masih menetap di Kolej Kediaman Yayasan Al Bukhary ( Sekarang Dewan Penginapan Pelajar Yayasan Al Bukhary ). Suasanya betul-betul mengujakan kerana inilah puasa tahun pertama saya di UUM. Waktu Sahur dan Waktu Berbuka Yang sangat-sangat berbeza dari Negeri Sabah. Ye lah kan, waktu imsak sehingga 0545 AM, kalau kat Sabah, dah terang sedikit & waktu berbuka pula mencecah 0730PM,waktu isyak di Sabah… Perbezaan ketara ini adalah disebabkan oleh jarak garis bujur ( latitud @ longitud ) yang melebih 15 darjah. Kalau anda belajar Geografi dulu, perbezaan garis bujur 15 darjah bermaksud jarak antara kedua tempat tersebut perbezaan suasananya ialah 1 jam. Kalau 30 darjah, maka perbezaan suasananya ialah 2 Jam.
Walaupun terdapat perbezaan suasana tersebut, tempoh masa berpuasa adalah lebih kurang sama sahaja walau dimana anda berada diserata dunia, kecuali lah anda musafir. Kepada yang tak tahu juga, jadual kuliah masa ni ialah Ahad-Khamis, Hari Jumaat Cuti,manakala Sabtu Hari Ko-K… Tanyalah student2 UUM Ko-K tu apa. Makanan apa ek yang saya makan masa puasa ? tak ingat dah, yang saya ingat saya ada try Nasi Kerabu hasil usaha pujuk rayu roomate saya ( Agus & Ipin ) agar cuba menu Nasi Kerabu dan hasilnya….hehe..saya makan ikannya sahaja dan tidak dapat telan nasinya. Huhuh.
Tiket balik raya saya dah beli awal-awal lagi dengan Sarbina ( X Student SMKDPA yang sama-sama dapat masuk UUM ). Tapi ada tambahan sedikit Aslina ( Coursemate ) pun mau balik Keningau sekali dengan kami . Saya & Sarbina flight to Tawau, manakala Aslina fligth to KK. Harga tiket semasa raya ndak payah cakaplah, beli 3 bulan sebelum pun masih mahal juga. Nak tau, hari raya pertama kami disambut didalam Flight Airasia. Bertuah badan..2 hari sebelum fligth, kami menumpang di rumah Dian di Klang dan 2 hari itu jugalah masa dihabiskan merayau-rayau sekitar KL. Erm…first time ke KLCC tu, selama ni tengok depan TV jak, last2 dah tengok depan mata. Xda gambar dapat direkodkan kerana masa tu kami semua pakai HP Nokia 3310 lagi. Hehe
Saya sampai ke rumah sekitar jam 0200 petang. Dapat gak beraya beberapa jam sebelum masuk hari raya kedua. Sebenarnya, malam sebelum flight, kami memilih untuk tidur aka lepak jak di aiport, time tu KLIA lagi dan bukannya LCCT seperti hari ini. Pilihan lepak diaiport adalah disebabkan oleh tidak mahu ketinggalan fligt sebab jam 0500am perlu check in sudah. Kalau lewat, maka bolehlah memilih untuk balik ke UUM beraya bertemankan monyet-monyet dan binatang-binatang disana.
Ok….TQ…Tiada Sambungan…
| Print article | This entry was posted by msaidins on August 18, 2010 at 5:13 am, and is filed under Asam Garam. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |




about 2 weeks ago
hahaha…ada2 jak kau ni..selamat berpuasa ah…:)
about 2 weeks ago
haha, nnti ku tulis lagi…feeling bulan posa sekarang ne..hehe
about 2 weeks ago
Hahaha..ingat lagi kau ah tinggal di rumahku..na yg paling best tu kau suruh aku pg LCCT bawa nasi ayam jak punya pasal..hehehe..ntah tu raya bila sudah…:)