Posted by msaidins On August - 31 - 2010 0 Comment

Alhamdulillah, nampaknya usia kemerdekaan negara semakin bertambah, tapi usia je lah walhal semakin banyak yang tak kena selalu berlaku kini. Masalah pembuangan bayi yang semakin menjadi, masalah jenayah merata-rata, masalah kenaikan kos hidup yang semakin tinggi, masalah peluang pekerjaan yang terhad kecuali ada kabel besar yang mampu mengalahkan kabel SESB atau TELEKOM. Masalah yang tak sudah-sudah, rakyat saman syarikat berkaitan kerajaan. Sentimen perkauman yang semakin rajin dibangkitkan. Oh…..Selamatkan lah Malaysia dari terus jadi begini.

Sebagai generasi muda yang selalu jak dikatakan dah lupa jasa-jasa pemimpin terdahulu kerana kononnya generasi muda masa kini semakin kurang / hilang semangat patriotisme @ cintakan negaranya. Nak pasang bendera pun berkira. Huhuh. Begitulah akhirnya sehingga saya telah dibanned di sebuah akaun Facebook kerana selalu sahaja bertanya untuk bukti asal. Huhuh, masa belajar Bahasa Melayu peringkat SPM dulu seingat saya pernah diajar diantara ayat penyata & ayat keterangan. Hakikatnya terlalu banyak ayat penyata yang tak pasti asal usulnya dalam akaun Facebook tersebut. Sorry lah, saya bukan jenis yang akan percaya bulat-bulat apa yang disampaikan oleh mana-mana akaun facebook atau surat khabar. Kalau saya berminat, saya akan korek hingga ke asal usulnya. Kalau saya tak berminat, maka saya biarkan jaklah..Hehe.

Walauapapun, jasa pemimpin terdahulu sudah sememangnya patut dikenang dan dijadikan pengajaran hidup dan bukannya sesuatu yang patut dibangga-banggakan dan dicanang keseluruh dunia. Sempena Kemerdekaan Negara yang Ke 53 ni, harap-haraplah ada sesuatu yang mampu dilakukan oleh semua pihak terutamanya yang diberikan amanah untuk menjadi pemerintah yang mampu memberikan sesuatu yang bermakna kepada golongan marhaen @ rakyat biasa seperti saya. Hehe.
Saya bukannya tidak mahu projek berjuta atau berbilion, tetapi utamakanlah kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat dan masyarakat terlebih dahulu. Takut sudah jalan-jalan di KL kerana kelihatannya semakin ramai rakyat negara luar lepak-lepak bersama geng-gengnya. Syukurlah Sabah setakat ni rasanya ok lagi. Hehe.

Kepada Malaysia, Selamat Hari Merdeka Ke 53 !!!

No related posts.

You must be logged in to post a comment.