Usai sudah kuliah pengajian di universiti, adakah kita akan menamatkan zaman pembelajaran juga ? Sudah semestinya tidak kerana mutiara-mutiara ilmu yang ada di muka bumi ini tidak akan habis untuk dipelajari. Kesibukan kehidupan selalu membuatkan batasan untuk mempelajari ilmu baru yang mampu membuatkan kita berada di kelas tersendiri. Hidup itu tidak mudah, hanya mereka sahaja yang berada pada kelas tersendiri mampu bersaing dan juga berada pada zon selesa. Ianya bukanlah pilihan, tetapi kena pilih kecuali kita memilih untuk tewas dalam persaingan.

After Class

Last saturday, saya mengajar Webpage Design Level 1 dengan menggunakan perisian Macromedia Dreamweaver MX 2004 di SJK (C) Chung Hwa, Likas. Jumlah keseluruhan student adalah 35 orang di mana 12 orang daripadanya ialah guru-guru sekolah itu sendiri. Tragedi salah lokasi tidak berulang lagi. Hehe. Saya sampai ke SJK (C) Chung Hwa Likas jam 0803 am, masih awal.lagipun, sebelum sesi pengajaran di mulakan, attendant list pelajar perlu di edarkan dan juga buku untuk mereka. Selain daripada itu, saya pun kene change mood kepada mood teaching. Huhuh. 35 orang student tidaklah terlalu ramai jika dibandingkan 45 orang student di SJK ( C ) Shan Tao Kepayan hari itu.

Erm saya dan Dreamweaver dan berkenalan lebih kurang 3 tahun yang lalu ketika saya mula memasuki tahun ke 2 pengajian di UUM. Wang yang saya jana dari Dreamweaver pun tidak mencecah RM 1000 lagi kerana saya bukanlah seorang yang suka mengambil caj yang tinggi jika ada orang perseorangan yang nak saya buatkan laman web kepada mereka menggunakan Dreamweaver nie. Saya kenakan caj berdasarkan kadar laman web itu tersebut dan berapa cepat dia nak. Perkara yang paling best di SJK ( C ) Chung Hwa Likas ini ialah main computer yang teacher gunakan boleh control semua PC dalam makmal komputer tersebut. Boleh view apa yang student sedang lakukan dan juga boleh denied process yang mereka sedang run di komputer masing-masing. Hehe. Tapi, saya taklah suka-suka control semua komputer mereka, hanya bila keperluan mengajar memerlukannya.

Dari segi disiplin, bagi saya student-student di SJK ( C ) Chung Hwa Likas ini adalah yang TERBAIK yang pernah saya jumpa. Nak tau, pi sendirilah kerana apa yang saya dengar dari pengawal keselamatan di sana, guru-guru di sini sangat menitik beratkan soal disiplin pelajarnya. Kalau semua sekolah di Malaysia macam ni studentnya, alangkah baiknya. Huhuh.

Membangunkan laman web menggunakan dreamweaver bagi saya adalah method lama dalam pembangunan laman web kerana ada cara baru yang lagi MUDAH dan SENANG. Walaubagaimanapun, Dreamweaver menjadi pilihan jika anda seorang pembangun program perisian berasaskan pengaturcaraan seperti PHP, ASP dan sebagainya. Namun, adalah lumrah bagi manusia jika mereka bertindak atas pengetahuan dan kaedah-kaedah yang mereka ketahui. Setiap individu ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.OK, selamat berpuasa.