Archive for January, 2011

Posted by msaidins On January - 24 - 2011 0 Comment
senarai blog komputer

Bagi yang tak tahu alamat URL blog Pak Cik Husen, boleh lawat melalui URL berikut http://muaturunsini.blogspot.com Berterima kasih sebab blog PCH ini telah senaraikan blog saya yang agak besawang gak ni sebagai Blog Komputer (konon-kononnya) walaupun saya rasakan Blog saya dah jadi asam rojak pasemboq…Hehe…memang x penah jumpa dikedai makan. Rasa tak layak sepadan diletakkan sama senarai dengan MelayuBuntu dan juga CekapKomputer. Huhuh, apa pun, TQ Blog PCH.

Posted by msaidins On January - 24 - 2011 1 Comment
2011

Saya telah menamatkan perkhidmatan sepenuh masa saya sebagai Technical Assistant di AMC Colllege 31 Disember 2010 yang lalu. Memilih untuk tidak menyambung kontrak kerana tawaran On Job Training daripada MIMOS-UMS. Tahun 2010 saya berjaya mengubah diri kepada orang-orang network dan tahun 2011 adalah tahun mengubah diri kepada orang-orang programming… Hehe…amin…Alhamdulillah, selepas menamatkan pengajian saya hanya bergelar penganggur selama sebulan dan sepatutnya selama setengah bulan sahaja jika saya tidak menolak tawaran kerja sebagai IT Officer di MyOSP Computer Solution dan juga kerja sementara di Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah. Namun, beginilah hakikatnya menghidupkan kerjaya di Negeri Sabah ini jika kerja di sektor  [ Read More ]

Posted by msaidins On January - 2 - 2011 2 Comments
manis express

Kepada sesiapa yang rajin pergi balik dari KK ke Semporna, semuanya sudah mengenali bas Manis express mahupun Dyana Express. Kalau masa dahulu kala ada bas Sabariah Express dan Kinabalu Express, namun kini ianya di dominasi oleh kedua dua syarikat bas ini. Alkisah cerita yang ingin dikongsi ialah semasa kepulangan ke Semporna pada 31 Disember 2010 baru-baru ini. Kebiasaannya memang lah Dyana, namun saja bertukar angin mana lah tahu boleh dapat harga lebih murah dan lebih selesa. Dengan harga tiket RM 40, maka dapatlah saya naik bas untuk pulang ke Semporna kali ini, perjalanan yang sepatutnya sampai ke Semporna pada 0430pm  [ Read More ]

Posted by msaidins On January - 2 - 2011 0 Comment
Broadband Sharing

Bunyinya memang menarik sebab anda boleh menjimatkan kos broadband anda sehingga 100%. Bayangkan satu rumah mempunyai 4 buah laptop dengan 4 buah broadband ? Berapa yang anda perlu bayar ? hehe…jika RM 68 sebulan, maka 1 rumah perlu bayar sebanyak RM 272.00.. Banyak atau sikit, ianya bergantung kepada kemampuan ekonomi anda. Try and try akhirnya berjaya jua saya set up sebuah laptop sebagai wireless access point untuk memudahkan laptop lain disambungkan kepada internet. Jadi kaedah ini terpakai seperti anda disambungkan dengan mana-mana wireless yang biasa mungkin anda gunakan di star bucks, KFC, kedai mamak, kedai momok dan bermacam-macam lagi. Harga  [ Read More ]