Posted by msaidins On December - 16 - 2011 0 Comment

Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bagaimana pula penerimaan Mila pada Izzah? Dapatkah hariz membahagiakan Izzah dan Mila? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

Hehe, diatas adalah sinopsis versi novel yang saya sendiri pun belum punya kesempatan untuk membacanya. InsyaALLAH akan diusahakan mencari novelnya sebelum mencari versi film pulak. Masih tiada perancangan..hehe. Apa pun filem yang dihasilkan oleh penerbit filem tempatan, biarlah masih berada dalam lingkup ruangan yang masih mengekalkan norma-norma kehidupan timur serta Islam dan bukannya filem yang gah dengan kontroversi serta babak-babak yang tidak sepatutnya.

P/S : Ketika Cinta Bertasbih masih yang terbaik.

No related posts.

You must be logged in to post a comment.