Family Day nie lebih kurang farewell party memandangkan kontrak kerja di UMS-MIMOS akan berakhir 11 January 2012 ini. Bermakna kami akan memulakan kehidupan baru masing-masing di samping kena mencari kerja baru. Ha ha ha..
Lokasi Family Day ini ialah di Karambunai Lagoon. Tiket masuk bagi orang dewasa ialah RM 10 seorang manakala untuk remaja atau di bawah 18 tahun, tiket masuk ialah RM 5 seorang. Aktiviti kali ini dihadiri oleh semua member Code 8 kecuali seorang yang ada temujanji dengan pihak hospital.
Antara aktiviti yang kami lakukan ialah BBQ, Bola Tampar Pantai, Bola Sepak Pantai, Berenang, Kayaking. Walaupun air lautnya tidaklah sebersih laut Semporna, namun bolehlah untuk mandi-mandi. Perairan pantai melalui Sungai Mengkabong, Tuaran. Apa pun , enjoy juga lah..TQ semua yang hadir, hingga bertemu dimasa akan datang. Lepas ni semuanya dengan haluan masing-masing sudah.
After Code 8, saya akan berehat sementara sehingga hujung Januari sebelum beraksi semula sebagai trainer untuk AMC College di E-Desa Mesapol, Sipitang. Di samping itu, harus gigih untuk mencari karier baru yang lebih berjaya dan menjamin hidup yang lebih cemerlang…aminnn
Baca yang ini juga:





