Perjalanan kepulangan ke Semporna kali ini agak menambahkan banyak pengalaman dan pengajaran yang menanti sepanjang perjalanan. Perjalanan sepatutnya bermula jam 07.30PM, tetapi bas hanya tiba jam 0900PM ke terminal bas inanam. Bayangkan kena menanti selama 1 jam setengah. Syukurlah saya tidak terkejar2 sebab xda kepentingan yang mendesak untuk pulang ke Semporna kali ini. Perjalanan pun bermula jam 0900PM dan pabila melalui Tamparuli, bermula lah episod menyayat hati disebabkan oleh kerosakan enjin ( saya x tahu apa y rosak ) yang menyebabkan bas langsung tidak dapat meneruskan perjalanan.
Bas hanya dapat bergerak sekitar 0200AM, itupun kena drive slow-slow sebab mungkin team mereka repair yang bersifat sementara sahaja. Hasilnya selamat tiba di Semporna pada jam 0100PM..Hehe…rasanya inilah kali pertama yang pernah saya dengar lewat yang paling terlewat dari jadual asal dan saya sendiri yang mengalaminya. Waktu normal tiba ke Semporna untuk perjalanan malam ialah jam 0400am-0600am. Kalau sudah jam 0100PM tu, faham2 lah, sudah terlewat 7 jam dari jadual sepatutnya.
InsyaALLAH lepas ini akan berpisah dah dengan Pahit Express, cukuplah khidmatnya selama 2 tahun ini sebab. Terima Kasih, Jasamu ku kenang.. Hehe.
Baca yang ini juga:






