Selamat pagi dan bercuti sempena Chinese New Year kali ini… Memandangkan banyak keyword Mendaki Gunung Kinabalu yang datang singgah ke Blog saya yang tidak berapa hebat ni, insyaALLAH saya akan menulis entry khas mengenai proses-proses pendakian Gunung Kinabalu ini. Tidak kira yang berada di semenanjung mahupun rakyat Sabah sendiri, pastinya teruja tambah-tambah lagi belum pernah menjejakkan kaki ke puncak tertinggi di Asia Tenggara ini.
Pengalaman pertama trip pendakian sebagai pengurus XPDC pada 02 Feb 2011 banyak mengajar saya bagaimana untuk menjadi jiwa kental untuk menawan puncak tertinggi di Asia Tenggara tersebut. Bagi yang bekerja sebagai porter atau mountain guide, proses mendaki gunung kinabalu rasanya boleh dilakukan oleh mereka dengan sebelah mata sahaja. Apa pun, jika anda pendaki yang jarang mendaki macam saya, sebaik-baiknya persiapan dilakukan 2-3 bulan dari segi stamina dan fizikal. Jangan pandang rendah dengan gunung kinabalu kerana sesetengah pendaki pulang ke kaki gunung dengan diusung oleh porter kerana kecederaan kaki. Ingatlah, anda mampu mengubahnya..hehe
Selepas kejayaan penganjuran trip pertama, saya menerima permintaan dari kawan-kawan saya untuk menguruskan trip pendakian mereka. Bagi saya, ianya tidak menjadi masalah selagi saya mendapat sedikit komisyen daripada proses tersebut dan juga ianya tidak mengganggu gugat masa yang penting untuk saya. Ada sesetengah-sesetengah masa, saya mungkin tidak menyambut panggilan. Insya ALLAH 28 Feb 2012 ini, trip kedua kami akan diadakan dengan penyertaan seramai 12 orang.
Harga / Trip 2D1n Mendaki Gunung Kinabalu-Pendaki ( Minima 4 PAX )
1) Trek Timpohon Gate-Summit-Timpohon Gate = RM 450
2) Trek Mesilau Gate-Summit-Timpohon Gate = RM 500
3) Trek Timpohon Gate-Summit-Mesilau Gate = RM 500
4) Trek Mesilau Gate-Summit-Mesilau Gate = RM 520
Bayaran MELIPUTI Insurance, Entry Permit, Climb Permit, Guide, 1st Day (Lunch, Dinner Buffet Style),2nd Day ( Breakfast 1, Breakfast Buffet Style, Lunch Buffet Style), Accomodation at Laban Rata, 2 ways transport Kinabalu Park-Timpohon/Mesilau
Rate TIDAK termasuk pengangkutan dari Kota Kinabalu-Kundasang-Kota Kinabalu dan penginapan di Kota Kinabalu, walaubagaimanapun, pihak kami juga boleh menguruskannya.
Abadikan memori anda sebagai salah seorang pendaki yang pernah menawan puncak tertinggi di Asia Tenggara
* Pendaki tempatan (Sabahan) rate bayaran lebih rendah 40-60% daripada harga di atas.
Feel Free to Contact Me atau just comment di bawah untuk bertanya
Baca yang ini juga:






