Archive for the ‘Macam-Macam’ Category

Posted by msaidins On December - 16 - 2011 0 Comment
Filem-dari-novel-Ombak-Rindu

Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga. Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela. Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan  [ Read More ]

Posted by msaidins On November - 1 - 2011 0 Comment
sata

Sabah Got Ideas adalah program untuk mencungkil bakat-bakat dan kebolehan anak-anak sabah agar idea-idea yang terpendam dapat dijana dan dijadikan sebagai peluang untuk menembusi pasaran di Sabah mahupun antarabangsa. Program ini adalah anjuran sepenuhnya SATA atau Sabah Techpreneur Association. SATA merupakan sebuah organisasi bukan berkaitan kerajaan yang mengkhususkan pembangunan usahawan berkaitan teknologi di Sabah khususnya. Saya, Graig Patrick, Julius Ebin, Adam Mujat dan A.Kamal adalah peserta yang mewakili team Code 8 Mimos Ums ( secara tidak rasmi ) untuk SGI di Kota Marudu ini. Keseluruhannya A.Kamal sahaja yang menjadi wakil daripada kami yang mendapat hadiah 5K kerana mendapat tiga tempat  [ Read More ]

Posted by msaidins On October - 18 - 2011 0 Comment
Team's Yang Makan Angin

Alhamdulillah, berjaya juga saya menjejakkan kaki ke Desa Cattle. Suatu tempat yang sangat indah untuk mencuci mata menggunakan rumput-rumput yang sangat hijau disamping suasananya di tanah tinggi seperti New Zealand gaya nya. Sebelum sampai ke sini, kami memulakan perjalanan dari Kota Kinabalu sekitar jam 7.00 dan selamat tiba di Kinabalu Park sekitar jam 09.00 dan sarapan di Kantin koperasi Sabah park di tepi jalan. Kami bertiga sarapan dengan menu pilihan masing-masing dan saya memilih untuk menikmati Bubur ayam yang sangat panas. Cuaca ketika itu sejuk tapi tak lah sejuk sangat sebab matahari dah naik, lagipun suhu di Kundasang tak seperti  [ Read More ]

Posted by msaidins On January - 24 - 2011 0 Comment
senarai blog komputer

Bagi yang tak tahu alamat URL blog Pak Cik Husen, boleh lawat melalui URL berikut http://muaturunsini.blogspot.com Berterima kasih sebab blog PCH ini telah senaraikan blog saya yang agak besawang gak ni sebagai Blog Komputer (konon-kononnya) walaupun saya rasakan Blog saya dah jadi asam rojak pasemboq…Hehe…memang x penah jumpa dikedai makan. Rasa tak layak sepadan diletakkan sama senarai dengan MelayuBuntu dan juga CekapKomputer. Huhuh, apa pun, TQ Blog PCH.

Posted by msaidins On December - 15 - 2010 0 Comment
Separuh-Akhir-Piala-Suzuki-2010Malaysia-Vs-Vietnam-copy

Ulasan Tak Professional Destinasi menonton perlawanan ini ialah di restoran mamak sekitar Lok Kawi ini. Bilangan penonton sekitar 20 orang, tak termasuk dalam stadium. Malaysia dan Vietnam sering bersilih ganti melancarkan serangan ke kubu lawan masing-masing. Namun, pemain terbaik layak diberikan kepada penjaga gol Malaysia al Kelantani yang cemerlang menepis keluar percubaan pemain Vietnam. Kalau tak, mungkin Malaysia dah kalah 4 berbalas 2. Tabik dengan goal keeper. Kapten Malaysia [ Syafiq Rahim ] sepatutnya bersikap lebih tenang dan tidak emosi dengan serangan psikologi pihak lawan hatta pengadil sendiri. Itulah permainan bola sepak, mental kena kuat… Haha. Dua goal dari Safee  [ Read More ]

Posted by msaidins On November - 27 - 2010 0 Comment
blogger_vs_wp

Jika anda sudah lama berkenalan dengan Blogspot, Blogdrive, LiveJournal dan pelbagai methodologi pembangunan blog yang lain, sebaiknya anda abaikan sahaja posting ini kerana apa yang ingin saya sampaikan adalah asas kepada pembangunan sebuah blog. Kalau nak baca juga, silakan dengan sukacitanya. KENAPA PERLU BERBLOG ? : Jika anda tidak mempunyai tujuan yang pasti, anda membuang masa sahaja jika anda ingin membangunkan sebuah Blog. Kebanyakan Blogger membangunkan Blog sebab yang paling utama adalah kerana kepuasan. Di samping itu, terdapat beberapa expert blogger yang menjadikan Blogging sebagai aktiviti utama untuk menjana pendapatan sama ada menyediakan iklan atau pun meletakkan iklan Pay Per  [ Read More ]

Posted by msaidins On October - 28 - 2010 0 Comment
Borneo Wikimapia 01

Kehadiran Google Earth dahulunya telah memudahkan ramai pihak dalam proses mencari rumah sendiri di internet. Selain itu, terdapat juga adik beradik google yang lain iaitu Google Maps. Walaubagaimanapun, Google Maps lebih disukai kerana ringan dan tidak memerlukan proses installation untuk melihat di internet lokasi yang kita kehendaki. Walauabagaimanapun, kehadiran sistem pemetaan online yang terkini iaitu Wikimapia.org telah menjejaskan sedikit bilangan pengguna Google Maps. Hal ini kerana sistem image yang digunakan oleh Wikimapia.org adalah gambar sebenar lokasi tersebut. Antara sumbangan wikimapia terhadap saya adalah memudahkan proses mencari lokas interview masa dulu-dulu dan juga semasa saya claim warranty laptop Toshiba saya. Malu  [ Read More ]

Posted by msaidins On May - 20 - 2010 0 Comment
blog_logo1_resized

Alhamdulillah, dengan rezeki yang Allah berikan, dapat jua saya renew domain saya dengan sedikit penambahan 5 databases. Ya, lepas ni boleh buat macam-macam terutamanya mempertajamkan skill mengenai pembangunan laman web dan juga hal-hal lain seperti forum, CMS, dan juga yang lain-lain. Sedikit pelaburan diperlukan untuk meningkatkan kualiti diri dalam persaingan hidup dasawarsa kini. 5 buah databases + 1 yang sedia ada sememangnya satu jumlah yang besar bagi newbie macam saya. Internet sebagai lubuk maklumat memerlukan kebijaksanaan menapis dan menggunakan maklumat agar lebih relevan dengan keperluan kita…Ok….nantikan posting seterusnya dari saya…