Msaidins

Information Come From Single Click !!!

Follow me on TwitterRSS Feeds

  • Home
  • Its Me !!!
  • My Services

Ramadhan Di Bumi Sabah

Aug 17th

Posted by msaidins in Asam Garam

No comments


Pic : Gambar Tidak Puasa Pada Hari Raya Pertama di Rumah Sewa Kg.Tradisi ( Pic was taken by Yamin Rongka Al Sandakani )

Semenjak saya melanjutkan pelajaran ke UUM pada Julai 2005, Ramadhan kali ini adalah yang pertama untuk saya di negeri Sabah dibawah bayu ini. Dah habis study, memang sudah tidak mempunyai komitmen wajib untuk dilakukan di UUM mahupun negeri Kedah Darul Aman. Kepada yang masih ada disana, selamat berpuasa. Puasa baik-baik dan tingkatkan amal ibadat.

Puasa masa belajar amat berbeza dengan puasa pada ketika ini. Ye lah, dulu masa study di UUM, tahun ke 2 baru mula berjinak-jinak berbuka puasa di Masjid Sultan Badhlishah bersama geng-geng seperti Ardi & Farhan,Amin dan juga lain-lain. Masa belajar adalah masa yang mana kita perlu bijak mengatur hidup dari segi pengurusan masa, pengurusan aktiviti dan juga pengurusan kewangan. Jika tak, kita akan kecundang merangkap terkapai-kapai dalam percaturan hidup.
Dah 8 bulan aku meninggalkan bumi Kedah Darul Aman, macam baru semalam jak. Apapun, kenangan terindah sepanjang berada disana tidak mungkin dapat dilupakan kerana di bumi UUM lah takdir mengajar aku agar bersabar dan jatuh bangun dalam akademik itu adalah rencah normal kehidupan seorang insan. Apa pun, semua itu sudah ditakdirkan dimana kita sebagai hamba NYA perlu redha dan bersyukur atas apa yang DIA telah aturkan untuk kita.

Selamat Berpuasa & Moga Kehidupan Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam.

Selamat Beramal !!!

majlis sultan badhlishah, puasa, ramadhan, uum

Selamat Berpuasa

Aug 11th

Posted by msaidins in Travel

No comments

Nasihat Ramadhan-Nada Murni

bulan ramadhan bulan bertuah
bulan ibadah bulan mujahadah
bulan rahmat bulan maqfirah
bulan al quran dan lailatulqadar

besar ramadhan dgn puasa
diwaktu malamnya tambahkan ibadah
bacalah al quran bykkanlah sedekah
terwaih kerjakanlah walaupun sunnat

pelihara mata jagalah telinga
kawalah lidah dari yg sia-sia
fikirkanlah yg mendatangkan faedah
hubungkan hatimu dgn Allah

zikir selawat doa panjatkan
pahala ramadhan diganda-gandakan
jgn lupakan jgn lalaikan
ramadhan tiba setahun sekali

bulan ramadhan bayarlah fitrah
untuk membersihkan hati dan diri
sebagai bantuan kpd yg susah
agar mereka gembira dihari raya

Allahu ya Allah
kepada Mu kami beriman
kerana Mu kami berpuasa
di bulan ini bulan yang mulia
kami mohon rahmat ya Allah
ke ampunan Mu wahai Tuhan

bykkan iktikaf disepuluh hari terakhir
lailatulqadar berlaku dimalam itu
kitakan mendapat pahala yg besar
seperti beribadah seribu bulan

Selamat Berpuasa & Menjalankan Ibadah di Bulan Puasa

selamat berpuasa

Percubaan Pertama : Digi Broadband

Aug 10th

Posted by msaidins in Internet Provider

No comments

Alhamdulillah, tambahan rezeki yang Allah berikan, sempat jua saya rembat Digi Broadband.

Modem : RM 80

Activation + Bill First Month : RM 50

Setakat ini, kalau betul-betul berada di tengah-tengah Kota Kinabalu, Putatan, Penampang,Likas memang kelajuannya sangat memuaskan hati. Area rumah di Lok Kawi walaubagaimanapun sangat menyedihkan kecuali tengah malam sampai pagi. Tapi, mana mungkin saya korbankan waktu untuk tidur semata-mata untuk Facebook. Tidak Mungkin. Zaman ketagih facebook saya sudah berlalu. Hanya sekiranya ada keperluan yang sangat mendesak atau kebetulan bangun dan segar, maka laptop Toshiba yang sudah bersama dengan saya sejak 1 tahun lebih yang lepas akan turut di ON kan.

Minggu lepas saya out station ke Sipitang macam biasa, coverage di sana juga dikategorikan boleh lah untuk surf Berita Harian, Blog-blog tempatan. Kalau nak puas hati untuk pemakaian di Sipitang, pakailah Celcom Broadband. Sekian

Digi Broadband, KK, Lok Kawi, Sipitang

Tugasan !!!

Jun 3rd

Posted by msaidins in Money Online

No comments

1 Buah laman web kena dibangunkan. Boleh akses melalui URL berikut…http://www.online2ureload.com/

1 Buah Forum kena dibangunkan. Boleh akses melalui URL berikut http://forum.online2ureload.com/

Kepada yang tak tahu, laman web & forum diatas dimiliki sepenuhnya oleh pak cik saya. Saya hanyalah sebagai pembangun dan pendesign serta pem apa yang patut untuk memastikan laman web & forum tersebut beroperasi seperti yang dikehendaki. Teknik & Skill pembangunan laman web dan forum yang saya buat ini tidak pernah pun diajar masa belajar Degree di UUM dulu, kesemuanya adalah hasil usaha dan kaeda cuba jaya sendiri untuk memastikan graduan2 IT ini tidaklah hanya gah di nama sahaja tetapi juga teknikal skill yang mereka ada.

Hehe, sory, saya tak nak bocorkan skill & teknik yang saya gunakan. Nak tau, amiklah sesi consultation dengan saya. Ada minat & keinginan, belajar adalah cara yang terbaik. Selain daripada itu, hal-hal pentadbiran juga menambah ruang kesibukan saya untuk memastikan gaji mengajar dapat diperolehi bulan depan. Nasiblah dah siapkan tadi coz due date nya adalah 07 June 2010. Ada 4 hari lagi kan, tapi sekejap jak tu ndak terasa akan pergi berlalu.

Ok, terima kasih membaca…:-)

buat laman web, forum, tugasan
«1234»
    • Recent comments
    • Popular posts
    • Archives
    • Tags
    • Categories
    • Asam Garam (3)
    • ICT Training (2)
    • Internet Provider (1)
    • Macam-Macam (1)
    • Money Online (3)
    • Travel (2)
    • Xtvt Sukan (1)
    adsense AMC The School Of Business Blog Saya buat laman web cuti semporna Digi Broadband dreamweaver E-Book Sampah floating semporna forum Futsal ICT Training Investment jasa pemimpin kemerdekaan Jesselton Point KK Kolej Kediaman YAB Lok Kawi majlis sultan badhlishah make money online MS Publisher nuffnang puasa ramadhan Raya Tahun 2005 selamat berpuasa selamat hari merdeka Sipitang sjk(c)chung hwa likas SJK (C) Shan Tao Suria Indoor Arena tugasan Universiti Utara Malaysia uum webpage design
    • August 2010 (7)
    • June 2010 (2)
    • May 2010 (4)
    • Nice Experience at SJK ( C ) Shan Tao, Kepayan (4)
    • Ramadhan & Raya Tahun Pertama di UUM ( 2005 ) (3)
    • Posting Pertama !!! (0)
    • Make Money Online !!! (0)
    • Sepetang Futsal di Jesselton Point (0)
    • Invest Today For Future !!! (0)
    • 5 Hari Cuti-Balik Kampung !!! (0)
    • Tugasan !!! (0)
    • Percubaan Pertama : Digi Broadband (0)
    • Selamat Berpuasa (0)
    • msaidins: ada lebih kurang 64 pusat mengajar seluruh negeri Sabah, skrng ni tumpukan KK jak, tahun depan baru...
    • Ardiana Ardilan: hahaha...ada2 jak kau ni..selamat berpuasa ah...:)
    • Ardiana Ardilan: na..bgs2 rajin kerja cepat kau kaya..dan cepatlah juga kau kawin..:P
    • admin: must prepare to teach di mna shaja. hbis sudah di sipitang, thun depan lh pulak. skrng area KK jak...
    • admin: haha, nnti ku tulis lagi...feeling bulan posa sekarang ne..hehe
    • Ardiana Ardilan: Hahaha..ingat lagi kau ah tinggal di rumahku..na yg paling best tu kau suruh aku pg LCCT bawa nasi...
    • Ardiana Ardilan: uik? kenapa mengajar sudah di sekolah..jadi cikgu ka apa ni?
  • My latest tweets

    Loading tweets...
    Follow me on Twitter!
  • User Login






    • Lost your password?
  • Link Pilihan

    • Biz Safruddin Tiens
    • Blog Imabiz
    • Dian Ardiana Ardilan
    • Jamal Usahawan Internet
    • My Brothers-DinnTheAngler
    • Online2uReload

    Just Klik

Mystique theme by digitalnature | Powered by WordPress
RSS Feeds XHTML 1.1 Top